“Alhamdulillah.. inilah hadiah ulangtahun perkahwinan paling istimewa tahun ini” – Ruby Che Wan.. Wow, Apalah Yang Lan Pet Pet Bagi?

Siapa yang tak kenal Lan pet pet? Orang akan panggil Wahid Senario, Azlee Senario, Apek Senario, tapi hanya ada seorang sahaja Lan pet pet. Sebelum menempa nama di dalam Senario lagi, Lan sudah pun terkenal di kampungnya.

Lan telah berkahwin pada tahun 2008 dengan adik kepada Rozita Che Wan. Isteri Lan Pet Pet ini bernama Ruby Che Wan. Ruby Che Wan ni memang cantik dan jelita orangnya sama seperti kakaknya Che Ta. Adik beradik Che Ta memang terkenal dengan kecantikan mereka malah kesemuanya ramping-ramping belaka.

Lan Pet Pet pernah mengaku dia jarang berkongsi kisah keluarganya kerana mengikut nasihat ibunya yang mengatakan tidak perlu terlalu expose kisah peribadi.

Sebab itu kisah keluarganya jarang diceritakan di ruangan akhbar.

Lan berkata, dia akur dengan nasihat ibunya supaya tidak menceritakan perihal rumah tangga kepada media dan orang ramai kerana cara itu membolehkan pihak-pihak yang membenci mereka boleh melakukan perkara-perkara mistik.

“Maaf saya tak boleh nak bagi tahu kisah rumah tangga saya. Saya ingat pesan emak saya jangan sibuk nak cerita kisah suami-isteri. Takut nanti ada orang dengki, dia orang boleh buat macam-macam,” kata Lan.

Lan Pet Pet tidak mahu manusia sesat dalam ketawa, “Ini pesanan saya, sesiapa yang masih ada emak, tolonglah jaga emak. Doa emak itu sempurna…”

Menamatkan zaman bujang bersama adik Rozita Che Wan, Ruby pada tahun 2008, pasangan ini dikurniakan 3 orang cahaya mata. Selepas itu, perjalanan seni Lan agak perlahan kerana tumpuannya dan isteri lebih kepada bidang perniagaan.

Terbaru melalui update terbaru Ruby Che Wan, pasangan bahagia ini mendapat peluang untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Dan yang paling menariknya, tarikhnya sama dengan ulangtahun perkahwinan mereka.

Alhamdulillah… Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari Ulangtahun Perkahwinan kami.

Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.

Dikesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami…

Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yg sempurna dan kekuatan Rohani dan Jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah swt.

Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan utk Seluruh Umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yg belum menunaikan Haji pd thn akan dtg insya Allah.

Labaikallah …

Selamat menjalankan ibadah haji. Semoga mendapat haji yg mabrur n dipermudahkan segala urusan n take care. Aamiin

Saya pernah pergi umrah bersama-sama Datuk Fadzilah, dia hairan, “Betulkah Lan jadi mutawif?” Ada jemaah kata, “Kami ingat Lan pandai berlawak di TV saja.”

Betul seperti kata arwah bapak, hanya orang tertentu sahaja tahu saya ini bagaimana. Terima kasih kepada Ustaz Zawawi. Sejak menyertai kelasnya, Allah SWT buka hati saya.

Dahulu saya takut nak pergi umrah tapi Allah SWT buka hati saya selepas saya masuk kelasnya. Pelawak atau apa-apa sahaja, harus berilmu dan beri nasihat yang membawa ke arah pembentukan diri. Yang penting, ilmu. Tinggal di dunia ini pun kena cari ilmu. Hidup harus seimbang. Tak boleh serius sangat. Kena selalu positif.

Ditanya adakah dia bahagia dengan perkahwinan itu, Lan memberitahu bersyukur kerana isterinya memahami kerjayanya sebagai seorang artis.

Tambah Lan, isterinya juga sibuk bekerja sebagai pereka fesyen dan banyak menghasilkan rekaan pakaian keluarga terutama untuk adik-beradiknya seperti Rozita serta Ayu Raudhah.

Kata Lan, dia berhasrat untuk memperluaskan bidang perniagaan dengan membuka butik pada masa akan datang.

BAGAIMANA Lan Pet Pet bermula sebagai pelawak? Dari mana datang bakat berlawak itu?

Waktu kecil, saya pandai buat bunyi trompet. Pet pet pet pet! Biasanya orang guna daun, gunastraw tetapi saya hanya guna tangan. Apabila dapat bunyi, saya tone melodi. Abang saya bekerja dalam band polis, mengajar saya menyelaraskan bunyi dengan tiga asas; high, medium dan low. Lagu pertama yang saya bawa ketika buat show, lagu ‘Hawaii Five-O’. Kemudian saya belajar pula lagu ‘Kasih’.

Pada tahun 1994, saya menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan dan mendapat tempat kedua. Sebelum itu saya berjanji dengan emak, menang atau kalah, saya hendak buat kenduri untuk anak yatim. Saya ke KL bukan untuk glamor tapi semata-mata mahu cari kerja.

Saya pernah buat macam-macam kerja. Ikut orang tarik kereta, pasang kabel, pecah rumah, hahaha, buat rumah, pecah rumahlah tu, pang pang pang! Kemudian saya jadi technician buat tangki antiseptik di Langkawi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber dari Arena Star