Selain Elyana, 4 Selebriti Ini Juga Berjuang Melawan Penyakit Kanser & Ada Yang Lebih Serius! No 3 tu Pasti Ramai yang Tak Tahu..

POSTED O

Selain Elyana, 4 Selebriti Ini Juga Berjuang Melawan Penyakit Kanser & Ada Yang Lebih Serius! No 3 tu Pasti Ramai yang Tak Tahu…

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi dan pelakon Elyana menghidap penyakit kanser sejak 7 tahun lalu.

Penyakit kanser antara penyakit yang membawa maut. Namun ianya masih boleh diubati. Selain Elyana, kami senaraikan 4 selebriti Malaysia lain yang pernah menghidap penyakit kanser.

NAZIM OTHMAN

Pada tahun 2015, Nazim Othman disahkan menghidap penyakit di bahagian otak. Ada yang mengatakan Nazim menghidap kanser otak. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya. Pembedahan tersebut berjaya dan kini Nazim lebih sihat dan menjalani hidup lebih kuat.

RAS ADIBA RADZI

Pada tahun 2002, penyampai berita Ras Adiba Radzi jatuh ketika mahu mengambil barang di dalam almari yang tinggi. Namun dia sangkakan cuma terseliuh biasa dan dibawa ke hospital. Ketika bangun dari katil untuk ke tandas, dia terjatuh lagi. Kakinya mula tidak terasa dan disahkan lumpuh separuh badan.

IFA RAZIAH

Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya rupa-rupanya menghidap empat penyakit bahagian dalaman. Ifa mengalami masalah bengkak hati, hiatus hernia di bahagian usus besar, refluks asid dan ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar tiga sentimeter. Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan kini dia semakin pulih serta semakin aktif dalam dunia hiburan.

AMIN HAYAT

Pembaca berita TV9, Amin Hayat pernah melalui saat getir berdepan masalah keguguran rambut yang kronik atau dikenali sebagai alopesia. Amin mengejutkan penonton berita di saluran TV9 selepas tampil dengan imej tanpa rambut atau botak ketika bersiaran. Alopesia menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang kepala secara bertompok-tompok dan dia memutuskan membotakkan kepala untuk kelihatan kemas.

ERNEELYA ELYANA EMRIZAL

Penyanyi Elyana membuat pengakuan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap 4. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu penyingkirannya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4). Elyana berkata dia disahkan menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun lalu. Namun, dia membuat keputusan untuk berhenti melakukan rawatan kimoterapi kerana mahu tumpukan pada persembahan Gegar Vaganza.

Sumber: Hanasuva

.

Sebelum ini kita sering dengar kisah sayu kehidupan pelakon Zarina Zainuddin bersama dua orang anak autismnya Azal dan Azil. Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak autism sahaja yang memahami keperitan menjaga dan membesar anak-anak ini. Ramai yang kagum dengan ketabahan Zarina ini. Kami dekat sini pun salute sangat dengan Zarina.

Selain daripada kisah dua anaknya, terbaru Zarina ada memuatnaik kisah mengenai ibunya yang ramai tidak tahu. Menurut Zarina, sebelum ini dia sukar menerima dan berdendam dengan ibu. Kenapa agaknya?

Assalamuaikum Allhamdulillah sebulan mak saya duduk dengan saya hari tu..Asyik bertekak dengan mak jer…lepas tu saya minta maaf balik cepat2 takut saya airmata dia tertumpah..Saya cakap kat orang gaji saya sabar dengan mak dia nak mengajar tu..Allhamdulillah masa mak nak balik ke Ipoh saya bekalkan dia selendang ..Saya cakap mak pakai lah selendang dulu..nanti bila mak rasa betul betul yakin iklas kerana Allah mak pakai terus yea..Mak peluk saya..dia panggil saya ina permata delima mak..

Saya sayang mak saya walaupun kecik dulu opah yang jaga saya saya tetap ingat jasa mak lahirkan saya di dunia ini ..Dah besar jumpa balik saya susah nak terima mak..ada dendam yg saya simpan kenapa dulu mak tak jaga ina ..kenapa opah atok dan makyang yang jaga ina Soalan saya terjawab bila mak berusaha menangi hati saya bila dia bawak saya ke kuala lumpur sebab saya dapat masuk dewi remaja masa tu..Terus menumpang di rumah tok alang saya..dari rumah setinggan hingga lah kami menyewa rumah teres di kampung medan dan maklah yang bekerja siang malam nak belikan saya baju cantik mekap untuk saya casting dan masuk kelas modeling kelas lakunan dengan m.jamil Sarimah Film Production dulu..

Terima kasih Ya Allah Sekarang mak dah bertudung..ina sayang mak dunia akhirat..ini cerita pendek saya yang saya kongsi cerita panjang dlm hidup saya biar saya simpan dlm ingatan saya selagi saya bernafas…. Salam subuh